Welcome!

Promosi Hebat!

Malaysia Tiger menghadapi laluan sukar tanpa perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei di Jakarta

on Jumaat, 30 Mac 2012







PERSEORANGAN negara Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi pada saringan separuh akhir kejohanan Piala Axiata di Arena Sukan Britma Mall, Jakarta esok kerana masih menjalani pemulihan bagi kecederaan bahunya.
Jurulatih perseorangan negara Tey Seu Bock berkata bagaimanapun, beliau mungkin akan menurunkan perseorangan nombor satu dunia itu pada saringan timbal balik di Stadium Badminton Cheras di sini, Ahad.
"Kita telah putuskan bahawa Chong Wei tidak akan beraksi di Jakarta hujung minggu ini kerana dia dinasihatkan menjalani rawatan selama tiga hingga lima minggu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini
Malaysia Tiger menempah laluan berliku dengan Indonesia Garuda pada kejohanan lumayan bernilai AS$1 juta (RM3.1 juta) itu selepas dikejutkan oleh
skuad pelapis republik itu, Indonesia Rajawali, 1-2 pada perlawanan terakhir Kumpulan K, Ahad lalu.
"Sasaran kita memang mahu menang, tetapi tidak menafikan pasukan tuan rumah (Indonesia Garuda) bukan calang-calang pasukan.
"Pada saya, menang atau kalah bukan satu tekanan. Sekiranya Malaysia Tigers dapat bagi tough fight pada mereka itu sudah bagus," kata Seu Bock.
Malaysia Tiger dibarisi Muhammad Hafiz Hashim, Liew Daren, Muhammad Arif Abdul Latif dan beregu Goh V Shem/Lim Kim Wah.
Beregu emas negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tidak tersenarai dalam saringan di Jakarta esok, bagaimanapun pasangan itu akan diturunkan pada perlawanan di Stadium Badminton Cheras Ahad ini.
Sementara itu, satu lagi pasukan negara Malaysia Leopard yang turut mara ke separuh akhir, akan bertemu Indonesia Rajawali di Kuala Lumpur Sabtu ini sebelum bermain di Jakarta pada Ahad
Skuad pelapis negara itu dianggotai perseorangan Zulfadli Zulkifli, Iskandar Zulkarnain, Misbun Ramdan Misbun dan beregu Ow Yao Han/Chooi Kah Ming dan beregu Teo Ee Yi/Nelson Heg. - Bernama 
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO