Welcome!

Promosi Hebat!

5 Tips Bagaimana Ajar Bayi Untuk Mula Membaca

on Rabu, 21 Mac 2012










Anak merupakan satu anugerah daripada Tuhan kepada ibu bapa. Menjadi satu tanggungjawab setiap ibu bapa untuk memberi pendidikan kepada anak mereka. Pada kali ini admin ingin berkongsi 5 Tips Bagaimana Ajar Bayi Untuk Mula Membaca

1)    Guna kad kecil

Kita perlu kreatif dalam mengajar anak kita. Salah satu daripadanya adalah menggunakan kad kecil yang mudah untuk anak kita untuk mula belajar membaca. Tulis depan belakang kad tersebut. Contoh kita ambil perkataan ‘ayam’. Pada kad hadapan bolehlah kita melekatkan gambar ayam bagi memudahkan mereka mengenal ayam dan pada belakang kad tersebut tulis perkataan ‘ayam’. Ini akan memudahkan mereka kenal akan haiwan tersebut.

2) Video atau komputer

Dengan teknologi yang makin maju dalam video atau komputer tidak salah untuk kita menggunakan teknologi ini. Ini kerana kita benarkan anak menonton television dan mereka belajar melalui iklan-iklan tv. Perhatikan.. Mereka sering mengikut apa yang mereka lihat melalui tv. Gunakan kaedah ini sebagai cara mereka dengan memperkenalkan pula DVD atau komputer. Kenalkan gambar-gambar yang mudah mereka kenali.

3) Baca buku cerita kepada anak

Banyak buku untuk anak kita belajar yang dijual di kedai buku sesuai untuk permulaan pembelajaran di rumah.  Ini akan menanam minat membaca mereka sejak awal lagi. Bacakan mereka buku cerita yang pelbagai. Dalam kaedah ini  kita boleh guna perkataan dan gambar yang menarik minat mereka.

4) Tunjuk dan perkenalkan perkara baru

Apabila berjalan-jalan di luar rumah cuba untuk tunjuk ke arah perkara baru yang anak kita nampak. Cuba sentiasa sebut dengan jelas apa yang mereka nampak ketika menunjuk perkara tersebut. Contoh bila kita membawa anak makan di KFC. Tunjuk perkataan KFC tersebut dan sebut dengan jelas perkataan sekali. Ini akan menambah lagi perkara yang berlaku di luar rumah kita. Beritahu apa itu KFC. Sedikit sebanyak mereka akan mengetahui KFC itu tempat makan.

5. Telefon bimbit

Penggunaan telefon bimbit makin meluas. Kadang dapat dilihat kanak-kanak kecil yang bersekolah memiliki telefon sendiri. Kita boleh gunakan kebaikan ini untuk anak kecil kita. Anak kita tentu minat dengan telefon bimbit kita semasa kita menerima panggilan telefon seperti mereka tahu bahawa kita sedang berbuat dengan seseorang.  Bagi peluang mereka untuk belajar melalui telefon bimbit kita. Kita boleh muat turun  gambar atau bunyi yang sesuai dengan umur mereka. Tentu banyak yang mereka boleh belajar.

5 Tips Bagaimana Ajar Bayi Untuk Mula Membaca seperti penggunaan kad kecil, video atau komputer, baca buku cerita, perkenalkan perkara baru dan guna telefon bimbit adalah cadangan untuk permulaan mengajar anak seawal bayi lagi. Kaedah ini hanya cadangan sahaja. Diluar sana banyak lagi kaedah yang boleh kita gunakan. Sebagai ibu bapa perlu untuk mempelbagaikan lagi kaedh untuk mengajar anak membaca sebelum mereka mula bersekolah nanti.







SumbeR
Ranking: 5

{ 0 ulasan... read them below or add one }

Catat Ulasan

Pages

 
© LanunFanatik | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO